hai cik diari...
hari ni ash nak kongsi sedikit tips utk menjadi wanita sejati... Allah sangat menyayangi wanita sehinggakan banyak yang dikurniakan buat wanita.. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit ash diberikan dugaan oleh Allah..semoga segalanya mendorong ash menjadi lebih baik.. Ouh td ash janji nak kongsi menjadi wanita sejatikan?? sedikit tips utk dikongsi bersama =)
1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke
atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan
lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat
wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya.Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika
menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta
menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak
melengah2kan nya.
Kehidupan akan menjadi
indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu
sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi
sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri.Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga
maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya
serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan
perbuatan keji.
"Sekadar berkongsi dengan semua"
XOXO,
ASHIKIN AZIZ
No comments:
Post a Comment